Skip to main content

PODCAST DAY 1

 Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ni merupakan hari pertama bulan November bagi tahun 2024. Mungkin juga kali pertama aku menulis di sini.

Orang kata, "Tahun Baru, Azam Baru"

Tapi tidak bagi aku, mencuba untuk menjadi lebih baik pada bulan baru yakni November.

Salah satu aktiviti baru yang cuba untuk aku praktikkan pada setiap hari adalah menonton podcast, simpulkan dan kemudian menulis jurnal atau mungkin lebih tepat lagi segala benda baru yang telah aku pelajari. Self improvement, I guess.

So, Here I am! Sebelum aku masuk kepada isi kandungan perbincangan yang sebenar-benarnya. Tajuk podcast yang aku tonton adalah; How To Speak So That People Want to Listen by TED on You Tube.

Ya, sebagaimana tajuk video tersebut..semuanya tentang perbicaraan kita. Bagaimana kita berkomunikasi dengan makhluk yang namanya manusia. Harus diakui, itu bukanlah keahlianku. But yes, we all have to learn.

Benda pertama yang ingin aku tekankan berdasarkan video tersebut adalah terdapat 7 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercakap. Untuk apa? Semestinya untuk orang-orang mendengar apa yang kita katakan, proses dan simpan dalam kotak minda. Bukannya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

1) Gosip; Satu benda yang dianggap biasa sedangkan hakikatnya dosanya sungguh luar biasa. Susah kah untuk kita tidak bercakap buruk tentang orang yang tak ada di depan mata ya? Sehingga kan gosip menjadi satu perkara wajib setiap kali kita berkumpul dengan rakan-rakan. Izinkan aku memberi jawapan, malangnya aku sendiri bersetuju. Susah. Sangat susah. Susah untuk seorang pendosa seperti aku. Setiap kata yang aku lontarkan boleh dikatakan dipenuhi dengan noda. Jijiknya aku digelar manusia. 

2) Judging: Dalam erti kata lain, jangan terlalu sibuk menghakimi manusia lain. Kita juga manusia. Betapa anehnya, bila berbicara kita takut dinilai oleh orang lain. Tapi mungkin ada masa kita lupa, kita juga suka menilai. Ambil masa seketika cuma untuk nilai diri kita sendiri. Sempurna sangat kah kita sehingga terlalu sibuk menilai orang lain? Cukup jaga tepi kain sendiri, sudah.

3) Negatif; Buang jauh-jauh semua perkara negatif dalam diri kita. Pemikiran negatif yang terlalu kerap singgah dalam otak lambat laun pasti akan terluah melalui kata. Jadi, sekali sekala cubalah untuk berfikiran positif ya. Positif itu indah, indah bila mana tak ada tompok hitam yang mengotori hati kita.

4) Merungut; Faham, sebagai manusia elakkan merungut tu adalah satu perkara yang mustahil. Kita sentiasa merungut. Tak diberi rezeki merungut, diberi sedikit rezeki merungut. Ringkasnya, susah sungguh bersyukur dengan nikmat yang ada. Bahkan, diberi ujian sedikit pun sentiasa merungut. Ya, senang cakap daripada buat. Mungkin aku tak faham, tapi rasanya semuu orang diberikan ujian kan? Mau tidak mau, hadap sahaja. Hidup di dunia memang tempat untuk berpenat lelah.

5) Alasan; Berhenti memberi alasan. Kita sentiasa cuba untuk mengelakkan diri bila orang berikan amanah. Mengapa agaknya? Kalau tak tahu, belajar. Belajar untuk cuba benda baru, keluar dari zon selesa kita. Kejayaan memerlukan perubahan.

6) Menipu; heheh jujur aku juga suka menipu. Kerap dengan tujuan memainkan orang, lagi-lagi yang lurus bendul. Urmm hakikatnya menipu ni banyak impak negatif. Orang akan susah untuk percayakan kita lantaran terlalu kuat menipu. Well, bad habits die hard. 

7) Dogmatism; Perkataan baharu yang aku belajar hari ni. Mengikut kefahaman aku, perkataan tersebut merujukan kepada sikap individu yang tidak boleh dibantah. Semua yang dia katakan, orang mesti setuju. Kalau tidak, memberontak seakan dunia sudah tiba di penghujung. Buang sikap seperti itu, orang pun pandai muak tahu. Jadi lebih matang. Semua sudah besar kan? Maka, terimalah hakikat bahawa kita semua mempunyai perspektif yang berbeza terhadap suatu perkara. 

    

Comments